Saturday 19 May 2012

PERIBAHASA


Seperti embun di hujung rumput -
bermaksud  sesuatu yang tidak kekal dan pada bila-bila masa sahaja boleh berubah atau  segera hilang (kasih sayang).
Seperti aur ditarik songsang -
bermaksud  pekerjaan atau tugas yang sukar dilaksanakan kerana sudah salah cara-cara atau kaedah yang digunakan.
Seperti ular kena palu -
bermaksud  sesuatu yang bengkang-bengkok atau tidak lurus keadaannya.
Seperti lipas kudung -
bermaksud selalu bergerak dengan cepat atau pantas.
Anak tut -
bermaksud anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Anak emas -
bermaksud anak atau orang yang paling disayangi.
Anak kapal -
bermaksud pekerja kapal (kapal terbang).
Anak jantan -
bermaksud lelaki yang dianggap berani.
yiur gading -
anak gadis yang comel-comel (anak kesayangan)
Jinak merpati -
orang kelihatan manja dan mudah dipujuk tetapi sebenarnya tidak demikian
Cahaya hidup -
panduan hidup
Bintang terang -
bernasib baik/bertuah
Tali barut -
Tebal telinga -
tidak menghiraukan ejekan atau makian orang
orang yang menjadi barua kepada sesuatu pihak
Muka tembok -
tidak tahu malu
Tulang belakang -
orang harapan dalam sesebuah pasukan
eperti pacat kenyang -
Seperti sampah hanyut -
orang yang hidup melarat.
perihal orang yang setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dengan tidak menunggu-nunggu lama.
 Seperti kaca jatuh ke batu -
sangat sedih dan kecewa
Seperti batu jatuh ke lubuk -
hilang lenyap.
Minta diri -
minta izin untuk pulang
Minta darah -
hendakkan pengorbanan
Minta ampun -
minta maaf
 Minta nyawa -
minta dibebaskan daripada hukuman mati
Naik angin -
tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah
Beri muka -
membiarkan seseorang bebas membuat sesuatu dengan sesuka hati
Hidung tinggi -
orang yang sombong
Besar kepala -
degil
Seperti hujan jatuh ke pasir -
Seperti anak ayam kehilangan ibu -
orang yang berasa susah apabila hilang tempat bergantung.
nasihat yang tidak dihargai atau dipedulikan atau sesuatu kerja (perbuatan) yang sia-sia.
Bagai kacang melupakan kulit -
orang yang tidak tahu mengenang atau membalas budi orang yang pernah menolongnya dahulu.
Bagai telur di hujung tanduk. -
orang yang dalam keadaan amat sulit (salah sedikit akan mendapat bahaya).
Sekapur sirih -
kata-kata aluan, ucapan pendahuluan
Sebatang kara -
tidak bersanak-saudara
. Saudara anjing -
adik-beradik satu ibu berlainan
saudara setelah diambil dan dipelihara sebagai anak oleh sesebuah keluarga
Jalan mati -
hujung jalan - sudah tidak boleh dilalui
Saudara pungut -
jalan dekat untuk sampai ke satu-satu destinasi
Jalan pintas -
jalan/cara yang tidak diizinkan
Jalan belakang -
jalan penyelesaian
Jalan tengah -
Bagai perian pecah -
suara yang buruk (tidak merdu)
kedudukan yang tidak tetap
Bagai abu atas tunggul -
Bagai rasa batang pisang -
sangat sejuk
Bagai gagak pulang ke benua -
walaupun sudah merantau tetapi tidak berubah keadaannya
Seperti katak di bawah tempurung -
Seperti air di dalam kolam -
orang yang terlalu cetek atau sempit pengetahuan.
orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
Bagai ayam dimakan tungau -
orang yang kurus dan pucat, berpenyakit.
Bagai itik pulang petang -
berjalan lambat dan nampak malas sekali.
Pisau cukur -
perempuan yang pintar memperdayakan lelaki dan menghabiskan wang

Saturday 12 May 2012

Hari Ibu 2012



Hari ini 13 Mei 2012 ,mendapat hadiah dan ucapan" Selamat Hari Ibu " daripada anakanda tersayang,iaitu Muhammad Zaid,Muhammad Aiman,Muhammad Ammar,Nur Asyikin dan Muhammad Afiq.Sesungguhnya kalianlah permata hati emak.Kalian juga yang banyak memberi semangat untuk emak meneruskan perjuangan mendidik dan meneruskan kehidupan ini walaupun tanpa abah yang hampir 13 tahun meninggalkan kita.Harapan dan doa emak agar anakanda semua berjaya sebagai hamba Allah yang sentiasa taat akan perintahnya,,menjadi insan soleh dan solehah,berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.Amin Ya Rabbalalamin.

Hari Guru 2012


Tema Hari Guru 2012
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"