Saturday 13 October 2012

PROGRAM SELEPAS UPSR-MENCANTING BATIK








                                                 HASIL KERJA  TANGANKU...



LAWATAN KE CH BERSAMA RAKAN DAN MURID


MENGURUS MASA


 
Setiap hari, anak-anak sentiasa sibuk dengan berbagai aktiviti.

      
Pada sebelah pagi, anak-anak ke sekolah untuk belajar. Selepas tengah hari, anak-anakmengikuti kelas tuisyen. Pada sebelah petang anak-anak akan bermain dengan kawan-kawan. Manakala pada sebelah malam pula, anak-anak akan menyiapkan kerja rumah atau menonton tv.

      
Sebagai pelajar yang ingin akan kecemerlangan, anak-anak perlu membahagikan masa dengan sesuai. Setiap aktiviti perlu dilihat kepentingan dan keutamaannya. Kepentingan dan keutamaan yang dimaksudkan termasuklah waktu rehat yang secukupnya. Terdapat di kalangan anak-anakyang kurang rehat kerana terlalu inginkan kecemerlangan. Terdapat pula anak-anak yang terlalu banyak rehat sehingga ketinggalan dalam pelajaran.

      Kali
ini marilah kita sama-sama membicarakan mengenai tidur.
Sebagai seorang pelajar, anak-anak memerlukan tidur yang cukup. Sekiranya anak-anak tidak cukup tidur, anak-anak akan mengalami kelemahan pemikiran semasa belajar. Tumpuan kepada pengajaran guru akan berkurangan dan paling malang sekali ialah anak-anak tertidur semasa dalam kelas semasa guru sedang mengajar. Pelajar yang tertidur semasa guru mengajar sama sahaja dengan pelajar yang ponteng kelas tersebut.

      
Oleh itu, anak-anak jangan tertidur semasa guru mengajar.

      
Tidur adalah satu aktiviti untuk merehatkan badan. Setiap orang memerlukan rehat dan tidur. Setelah badan direhatkan barulah badan dapat berfungsi dengan lebih baik. Apabila badan dapat berfungsi dengan lebih baik, tumpuan kepada pengajaran guru semasa di kelas akan bertambah. Hal ini akan membawa kecemerlangan kepada anak-anak semua.
   SELAMAT MAJU JAYA.
IKHLAS DARIPADA CIKGU 

Monday 8 October 2012






GURU-GURU SKSBC









program selepas UPSR

Assalamualaikum anak didik semua.Apa khabar?
Semoga anak didik dapat mengikuti pelbagai program yang disusun khas untuk kalian.Antara program yang dujalankan sekarang ialah mencanting batik dan pada 10 Oktober nanti kita akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Cameron Hingland.Jadi,cikgu ucapkan selamat untuk semua.